Tahun 2020 ini, AMAL Ihtimam Korban disambut berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Sambutan hari raya korban kali ke-10 ini merupakan sesuatu yang akan diingati ramai kerana sambutannya yang sederhana disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Aktiviti korban telah dijalankan di empat (4) wilayah iaitu di Selangor, Johor, Terengganu dan Perak. Sebanyak 12 ekor lembu yang dikorbankan, tiga (3) ekor di setiap wilayah. Seramai 127 orang asnaf telah menerima sumbangan wang zakat, barangan keperluan harian serta daging korban. Empat (4) masjid turut terpilih untuk menerima sumbangan AMAL pada tahun ini.

Walaupun aktiviti dan sambutan Aidiladha tahun ini tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya, namun kami di Bank Islam masih ingin mengimarahkannya for the sake of Allah S.W.T. Kami tetap berusaha untuk menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutamanya pada waktu yang mencabar ini. Sepertimana yang disampaikan ramai pihak, #kitajagakita.

Wilayah Tengah (Masjid Kiayi Hj. Abdullah Umar, Kapar, Klang, Selangor)

  • 3 ekor lembu dikorbankan
  • 33 orang asnaf menerima sumbangan wang tunai zakat bernilai RM250, barang keperluan harian dan daging korban
  • Masjid Kiayi Hj. Abdullah Umar turut menerima sumbangan sebanyak RM5,000

Wilayah Selatan (Masjid Kg Air Papan, Mersing, Johor)

  • 3 ekor lembu dikorbankan
  • 30 orang asnaf terima sumbangan zakat tunai bernilai RM300 dan 2kg daging korban
  • Masjid turut terima sumbangan sebanyak RM5,000

Wilayah Pantai Timur (Masjid Kg Padang Mengkuang, Marang, Terengganu)

  • 3 ekor lembu dikorbankan
  • 32 asnaf terima sumbangan wang tunai zakat bernilai RM300 serta 2kg daging korban
  • Masjid terima sumbangan RM5,000

Wilayah Utara (Masjid Mahyuddin, Parit Buntar, Perak)

  • 3 ekor lembu dikorbankan
  • 32 asnaf terima sumbangan wang tunai zakat bernilai RM300 serta 2kg daging korban
  • Masjid terima sumbangan RM5,000