Sama seperti tahun tahun yang lain sebelum ini, AMAL Bank Islam memilih untuk meraikan Aidiladha bersama golongan yang memerlukan. Tahun ini, AMAL memilih untuk menyantuni hari yang penuh barakah ini bersama para nelayan di Kampung Nelayan Teluk Tempoyak di Batu Maung, Pulau Pinang

Lima ekor lembu telah disumbangkan bagi tujuan agihan daging korban oleh warga Bank Islam. Daging lembu itu kemudiannya diagihkan kepada lebih 200 penerima yang terdiri daripada para nelayan serta penduduk kampung berkenaan.

Aktiviti gotong-royong dalam pemyembelihan, pelapahan dan pengagihan daging korban kepada penduduk setempat serta penyediaan juadah jamuan tengahari telah diadakan bersama komuniti nelayan dan warga Bank Islam dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Di samping itu, AMAL bersama beberapa wakil pengurusan Bank Islam menjalankan Ziarah Amal di mana mereka mengunjungi empat buah rumah nelayan asnaf di kawasan sekitar kampung nelayan itu. Nelayan – nelayan tersebut masih mengagahkan diri melawan ombak untuk ke laut walaupun rata-ratanya mereka telah uzur dan kurang upaya. AMAL juga turut menganjurkan kelas pengurusan jenazah dah kursus asas sembelihan untuk masyarakat kampung.

Selain itu Bank Islam turut menyumbang dana zakat Bank Islam kepada 96 asnaf terpilih di sekitar Batu Maung dengan kerjasama organisasi pengurusan zakat negeri, Zakat Pulau Pinang.

HIGHLIGHTS

  • 5 ekor lembu didermakan
  • Lebih 200 penerima sumbangan
  • Aktiviti dijalankan: Memasak secara gotong–royong, kelas pengurusan jenazah, kursus asas sembelihan
  • 5 keluarga menerima sumbangan dan barangan dapur sempena Ziarah AMAL