Bank Islam melalui Sadaqa House, satu initiative crowd-funding telah membiaya seramai 12 pesakit jantung kanak-kanak dari keluarga susah pada 29 Mei lalu.

Sebanyak RM 214,500 berjaya dikumpulkan melalui platform Sadaqa House hasil sumbangan orang ramai. Sumbangan tersebut diserahkan oleh CEO, Mohd Muazzam Mohamed kepada Pengerusi Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), Raja Datin Seri Zuraida Raja Mansur.

Bank Islam turut menyumbangkan RM 10,000 untuk persiapan iftar dan sahur untuk keluarga pesakit yang berbuka dan barsahur di IJN. Selepas menyerahkan sumbangan, En Mohd Muazzam meluangkan masa beramah mesra dengan pesakit-pesakit di IJN

HIGHLIGHTS

  • 12 pesakit jantung kanak-kanak menerima sumbangan
  • RM214,500 berjaya dikumpulkan
  • Sumbangan RM10,000 kepada keluarga pesakit untuk persiapan iftar dan sahur